Wednesday, November 20, 2013

Program "Adikku Sayang"



Pada 17 Oktober 2013 yang lepas, saya dan dua orang rakan saya telah menjalankan satu program "Adikku Sayang" di sekolah lama saya iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang Selangor. Program yang kami jalakan ini ialah selama 4 jam sahaja. Sebagai pengarah program, banyak persiapan yang dilakukan. Secara jujurnya sangat penat tapi kami tetap gembira dan berpuas hati dengan program yang telah kami jalankan. Pada mulanya, semasa saya menyatakan hasrat untuk mengadakan program ini kepada guru kaunselor mereka agak keberatan untuk meluluskannya kerana pada masa tersebut pelajar PMR dan SPM sedang sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan penting mereka manakala pelajar sesi petang pula juga sedang membuat persiapan untuk peperiksaan akhir tahun mereka. Alhamdulillah setelah berjaya melakukan proses perundingan pihak sekolah akhirnya bersetuju dan meluluskan program kami. Walaupun pelbagai rintangan, masalah dan halngan yang kami hadapi, kami tetap bersabar dan tidak berputus asa malah kami teruskan program sehingga ke akhirnya.

Program melibatkan penyertaan 35 orang pelajar tingkatan 1 dan tingatan 2 golongan asnaf Lembaga Zakat Selangor. Penyertaan dari pelbagai kelas tidak kira dari kelas pandai, sederhana dan lemah untuk digabungkan dalam satu kumpulan. Kami berbuat demikian bertujuan untuk merapatkan hubungan mereka dan tiada jurang walaupun berbeza tahap akademik dan intelektual. Walaupun karenah mereka kadangkala menguji kesabaran kami, kami tidak mengeluh tetapi kami tetap menerima mereka seadanya. Berikut ialah gambar-gambar yang sempat kami ambil sepanjang program berjalan.


 banner Program "Adikku Sayang"


 slide Program "Adikku Sayang"


 Fasilitator hakim sedang mengendalikan modul


 peserta tekun melakar pelan dalam modul "Pulau Harapan"


 kumpulan 1 membentangkan hasil kerja mereka


 kumpulan 2 membentangkan hasil kerja mereka


 kumpulan 3 membentangkan hasil kerja mereka


 peserta yang sangat menyerlah dan bersungguh-sungguh


ucapan penutup dari guru kaunselor petang iaitu cikgu Ruswati


cenderahati dari pihak sekolah


 hadiah dari pihak universiti kepada kumpulan 1


 hadiah dari pihak universiti kepada kumpulan 2


 hadiah dari pihak universiti kepada kumpulan 3


 hadiah dari pihak universiti kepada guru kaunselor petang


 hadiah dari pihak universiti kepada guru kaunselor petang


 hadiah dari pihak universiti kepada guru kaunselor petang


 sesi bergambar bersama fasilitator dan peserta


barisan guru kaunselor petang dan penyelaras Asnaf

No comments:

Post a Comment