Wednesday, November 20, 2013

Bengkel Pembangunan Sahsiah

Pada tarikh 27 September 2013 hingga 28 September 2013, saya telah menjadi peserta bagi "Bengkel Pembangunan Sahsiah" yang bertempat di Auditorium utama, UPSI.  Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Aziz bin AB Yatim.  Seramai 400 orang peserta telah menyertai bengkel ini.
     Melalui bengkel ini, banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya peroleh yang tidak mungkin saya dapat di luar.  Sebenarnya, semua peserta yang terlibat majoritinya merupakan pelajar semester satu manakala kami dari kursus kaunseling dan psikologi merupkan pelajar semester lima.  Encik Aziz meminta kami menjadi peserta bengkel ini supaya kami dapat mempelajari lebih lagi bidang kaunseling dan psikologi yang telah kami pelajari selama ini.  Oleh itu, saya telah memegang amanat Encik Aziz untuk menjadi individu yang ibarat segelas jug yang kosong tanpa air yakni tidak faham apa-apa lagi mengenai peljaran yang bakal kami pelajari dalam bengkel ini.  Satu cabaran bagi saya sebenarnya untuk berlakon seperti individu yang tidak tahu apa-apa tetapi saya kuatkan semangat untuk terus mencuba apa ilmu dan pengalaman baru yang cuba disampaikan oleh Encik Aziz.
     Maka bermulalah lakonan saya pada hari pertama bengkel dijalankan huhu...Saya telah tetapkan niat di hati saya untuk menjadi ahli yang masih baru dengan dunia universiti iaitu saya cuba memahami dunia pelajar semester satu seperti peserta-peserta lain.  Sebaik sahaja saya masuk di dalam kumpulan, saya dengan yakinnya memperkenalkan diri saya sebagai pelajar semester satu seperti mereka juga dan mengikuti kursus muzik di UPSI.  Ahli-ahlid alam kumpulan saya menerima bulat-bulat pengenalan diri saya huhu...  semasa sesi ice-breaking saya banyak tampil ke depan. Kumpulan saya pelik dengan sikap saya yang terlalu aktif dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mencuba membuat sesuatu.  Dalam hai hanya Allah s.w.t yang tahu bahawa saya mengambil masa yang sangat lama untuk menjadi  seorang yang optimis seperti sekarang.  Tetapi lakonan saya hampir musnah apabila salah seorang rakan sekelas saya semester lepas yang merupakan pelajar psikologi cam muka saya dan tidak percaya saya merupakan peljar semester satu dan mengambil bidang muzik. huhu nasib saya baik kerana saya pandai berlakon dan berjaya menyakinkan kawan saya ini bahawa saya tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini.  maafkan saya kawan...
     Di dalam kumpulan, saya sentiasa memberikan semangat kepada rakan-rakan untuk mencuba sesuatu hingga berjaya dan tidak takut gagal. Di dalam kumpulan, pelbagai keletah rakan-rakan saya ini yang saya dapat lihat.  Ada yang perasan dirinya bagus sangat, ada yang peramah, ada yang suka tolong orang lain, ada yang sangat bersungguh-sungguh dan banyak lagi...lucu sebenarnya apabila melihat keletah mereka ini.  sebenarnya saya suka melihat pelbagai keletah dan telatah manusia.  Banyka mengajar saya sebenarnya.   Semakin lama dalam kumpulan saya semaikn rapat dengan mereka.  ada satu waktu tu saya serba salah sangat dengan mereka kerana telah menipu mereka selama ini mengeani identiti diri saya.  Akhirnya sebelum kami melakukan aktiviti Kembara Minda saya telah memberitahu hal sebenar kepada mereka. Mereka sangat terkejut dengan pengakuan saya.  Sebenarnya mereka sudah lama mengesyaki saya cuba menyimpan sesuatu daripada mereka.  Mereka mengatakan saya matang tidak seperti pelajar semester satu.  Pada mulanya mereka segan untuk terus berkawan dengan saya mungkin kerana tanda hormat tetapi saya berjaya menyakinkan mereka bahawa saya tidak kisah semua itu.  Saya gembira berkawan dengan semua orang tanpa mengira usia.    Tujusan saya berbuat demikian ialah supaya mereka tidak wujudkan persepsi dalm fikiran mereka bahawa  saya pelajar senior kaunseling tahu segala-galanya.  Program-program seperti di hujung jari saya.  Saya tidak selesa dicop sebegitu.  Setiap kali saya melakukan sesuatu perkara, saya sentiasa cuba mencari ilmu dan pengalamn baru yang belum saya peroleh.  Saya tidak kisah dengan siapa saya belajar kerana setiap manusia itu unik, istimewa dan mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu.  Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang aktiviti dijalankan. Di dlam aktiviti Kembar Minda ini, kami satu kumpulan diminta untuk menyelesaikan tugasan dalam pelbagai bahasa sperti bahasa Arab, korea, hindu, tamil, sarawak, jawa dan sebagainya.Aktiviti ini telah memberikan kami satu peak experience iaitu dapat menghilangkan  rasa malu dalam diri apabila berhadapan dengan orang ramai dan orang yang tidak dikenali.

bersama pelajar antarabangsa berbangsa Korea

                                           bersama ahli kumpulan saya yang sangat wonderful

     Selain daripada aktiviti Kembara Minda terdapat juga aktiviti lain seperti senam koperat.  Senaman ini walupun sediki sukar langkahnya tetapi sangat menyeronokkan .  Boleh hilangkan mengantuk hehe.  Selain itu, ada juga inventori personaliti, teori psikoanalisis, dan teori PAC(parent, adult, chlid) yang sanagat bermanfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi dalm bidang kerjaya kami sebagai guru.
     Akhir sekali, sebelum program melabuhkan tirainya, Encik Aziz meminta mana-mana peserta untuk berkongsi apa yang telah mereka peroleh sepanjang aktiviti dan menjelaskan makna kasih-sayang bagi pendapat mereka.  Saya telah tampil ke hadapan untuk menceritakan pengalaman pahit manis saya dalam kehidupan sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke universiti pada hari ini.  Semasa saya bercerita, saya sebak tetapi saya teruskan bercerita juga sebab saya saya rasa saya perlu berkongsi pengalaman ini unutk dijadikan teladan oleh orang lain.   Tidak perlulah saya sebutkan nama-nama insan di sini yang ada semasa saya jatuh dan bangun.  Walau apapun terjadi,saya amat menghargai mereka dalam hidup saya dan saya bersyukur bertemu insan-insan hebat ini.  To me Counseling is about life..i learn from it..i love this field..it make me live again eventhough im all alone..thank God for let me in this field alhamdulillah :)


No comments:

Post a Comment