Individu yang menjalankan konsultasi dikenali sebagai konsultan manakala individu atau pihak yang mendapatkan khidmat konsultan dikenali sebagai konsulti. Konsulti boleh terdiri daripada pihak sekolah seperti guru dan pengetua sekolah. Manakala klien bagi perkhidmatan konsultasi ini ialah pelajar-pelajar.

Terdapat beberapa kemahiran dalam konsultasi. Kemahiran-kemahiran yang paling utama ialah penerimaan tanpa syarat, empati, dan genuine (menjadi diri sendiri dan berlapang dada).
Akhir sekali, terdapat beberapa kesilapan dalam menjalankan perkhidamatan konsultasi. Pertama ialah gagal mengenal pasti maslah sebenar. Kedua ialah konsultan terlalu banyak berjanji kepada konsulti. Dalam menangani masalah ini, konsultan sebenarnya boleh menggunakan kata-kata seperti ini apabila menerangkan kepada konsulti iaitu " kita berusaha, kita tengok macam mana". Ketiga ialah konsultan gagal mengkhususkan peranan yang dimainkannya. Keempat ialah konsultan kurang cekap mengurangkan kekurangan-kekurangan yang berlaku. Kelima ialah konsultan gagal mengadaptasi masalah yang berlaku semasa menjalankan perkhidmatan konsultasi.
No comments:
Post a Comment